-->
skip to main | skip to sidebar
~ cute st0ry was begin ~ NaNa ChOcoLaTe_sChA




Sunday, 23 December 2012

Istimewanya Dirimu


Setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya. Bosan!
Maha AgungNya Allah SWT, diciptakan pelbagai variasi kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi, menampung yang kurang dan menongkat yang pincang.
Ada orang yang pandai berkarya
Ada yang power berkata-kata
Ada yang macam atlas thaqafahnya
Ada yang tough muscle macam Hulk fizikalnya
Tapi..
Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang terhasil?
Kalau semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita sakit  mendengar debat di setiap penjuru yang ada.
Kalau semua orang macam atlas thiqahnya, apa perlunya perpustakaan? Peluang untuk meraih pahala dengan menyebarkan ilmu pun menghilang lantaran semua orang semakin pandai..
Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang mula tunjuk belang
Kita diciptakan oleh Tuhan. Dia Maha Mengatur, Maha Mentadbir. Setiap apa yang ada di bumi ini adalah di bawah pentadbiran Allah SWT hatta kita juga adalah sebahagian ciptaan-Nya yang melengkapi alam ini. Tidak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan itu DIA yang berikan.
Kamu rasa diri lemah, tak berguna?
Rasa lemah dan tidak pandai Matematik? Mungkin kamu pandai sastera.
Tidak cukup power berkata-kata? Mungkin kamu tajam akalnya.
Tidak berani dan gemuruh berdepan ramai orang? Mungkin kamu berbakat ICT.
Lemah ingatan dan tidak kuat hafalan? Mungkin kamu expert memasak.
Marilah kita hargai diri diri sendiri, kita syukuri apa jua yang Allah kurniakan pada kita. Syukur atas segala nikmat samada kecil mahupun besar. Baik atau pun tidak. Senang atau sukar. Mungkin, ada nikmat pada diri sendiri yang kita anggap kecil umpamanya seperti tiada nilai di sisi manusia, namun hakikatnya sangat besar nilainya pada orang lain.
Pada pandangan mereka yang kekurangan,  mereka berkata..
"Alangkah bestnya kalau aku ada apa yang dia ada"
"Alangkah bertuahnya dia dengan kereta mewahnya"
"Beruntungnya dia, dapat melancongsetiap tahun ke luar negara"

Kesimpulannya, usah tanamkan rasa lebih pada manusia. Apa jua yang ada pada manusia lain adalah pinjaman semata. Hakikatnya segalanya adalah milik Allah SWT. Jadilah manusia yang sentiasa bersifat perlukan qanaah dan merasa syukur ketika merasa cukup dan lebih dari manusia lainnya. 
Jadilah diri anda sendiri, kerana diri anda adalah yang terbaik!
"Tapi, bagaimana?"
"Ucapkanlah Alhamdulillah..."
Bersyukurlah walau dengan yang sedikit. Pujilah Allah yang Maha Kaya. Hakikatnya kita memang tiada apa-apa, kita bukan siapa-siapa. Pandai, bodoh, glamer, isolated, mulia, hina... semuanya hanyalah 'wayang' di dunia fana ini. Semua orang memainkan wataknya. Semua orang sama asalnya. Hanya dipilih untuk beraksi sebaik mungkin. Anugerah pula diberikan buat mereka yang ikhlas. Mereka yang tetap teguh pada Islam dalam apa-apa jua keadaan. Insan rabbani berfirasat sufi.
Apa lah yang ada pada raut keangkuhan. Berjalan di mandala sebagai makhluk, tidak layak menandingi Sang Khaliq. Kalau sombong, tak kan ada siapa yang suka hatta Allah juga benci kepadanya. Berlagak sempurna pada 'barang' yang bukan miliknya.
Hidup ini adalah anugerah, hadiah oleh-Nya agar kita mengenal erti buat diri. Agar kita menyempurnakan misi tertentu yang disusun oleh Allah di aturan taqdir. Ketentuan setiap kita berbeza. Hadapilah ia sebagaimana yang kamu mahukan, asal tidak menyimpang dari laluan menuja redha Tuhan. Hiduplah dengan kehendakmu hatta 1 trilion tahun sekalipun, tanpa redha Allah..segalanya tidak bernilai sesaat sekalipun. Padang Mahsyar tiada kenal harga susah kerana perkara yang sia-sia. Hanya kala langkah berjalan di keredhaan Tuhan, barulah ia dijunjung penuh penghormatan.
Mari kembali di hening malam, bergalaskan jiwa hamba, hargai segala pemberian-Nya. Nyawa telah diberi percuma, dihiasi lagi dengan Iman dan Islam. Apa lagi yang lebih mahal dari anugerah ini?
- Artikel iluvislam.com


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Takdir Di Hujung Usaha


"Nak buat macam mana ni...? saya buat sehabis baik dah..."
"Alaa, kita kan dah usaha... kenapa jadi gitu plak..."
Ya, setelah berusaha dan bertawakkal, maka terimalah ketentuan yang sedang berlaku.
Urusan manusia adalah usaha. Usaha itu sunnatullah.
Takdir pula adalah urusan Allah. Menjadi penentu terakhir. Kedua-duanya sama penting dan sama perlunya di dalam kehidupan.Manusia perlu berusaha, dan takdir Allah yang akan menentukan kata akhirnya.
Imam Ghazali dalam ungkapannya pernah mengatakan, "Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakkal tanpa usaha adalah sia-sia".  Tugas manusia adalah berusaha dan berusaha sebelum menyerahkannya kepada Allah. Usaha itu pula hendaklah mematuhi peraturan sunnatullah yang Allah telah tetapkan, iaitu hendaklah seiring jalan syariah yang dibernarkan di dalam Islam.
DApabila disebutkan bahawa,Allah hanya melihat usaha dan tidak kepada hasilnya, maka perlu kita tekankan bahawa usaha itu juga perlulah berkualiti dan secukupnya dari segi kuantiti.
Janganlah sekadar bergantung kepada "aku dah usaha", sebaliknya perlu mencari di mana silapnya semasa kita berusaha,dan seterusnya mengambil langkah memperbaikinya.
Menyalahkan takdir semata-mata,mahupun redha membuta,bukanlah jalannya.
Analoginya jika kita membuat kek, lalu setelah dibakar di dalam ketuhar, kita tidak mendapat hasil yang sepatutnya. Apakah yang kita akan lakukan?
1. Mencari dan menggunakan resepi kek yang lain?
2. Mengubah suai resepi sedia ada?
3. Menggunakan resepi sama buat kali yang seterusnya?
4. Atau mengalah dan berhenti berusaha lantas membiarkannya begitu sahaja?

Pilihan pertama dan kedua merupakan tanda keterbukaan kita dalam pendekatan. Menunjukkan bahawa kita tidak terikat kepada apa-apa selain matlamat yang jelas - contoh: membuat kek.
Pilihan ketiga menggambarkan kita yang mengharapkan hasil yang berbeza, dengan sekadar melakukan usaha yang sama. Ia mungkin dibenarkan untuk sesetengah perkara, namun tidak untuk kebanyakan yang lain.
Pilihan keempat pula menunjukkan seolah-olah kita lebih suka menyalahkan takdir daripada mengkaji usaha diri. Selain tidak menggunakan kegagalan sebagai bahan muhasabah. Lebih suka menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan.
Untuk mendapat hasil yang lain, sama ada hasil yang lebih baik atau sebagainya, maka mulakanlah dengan mencarinya melalui jalan yang berbeza.
Kesimpulannya, perlulah kita sentiasa mengekalkan prinsip kita walau dalam keadaan ingin memperbaiki usaha. Kadang-kadang kita tidak perlu membuat apa-apa perubahan terhadap usaha kita, walaupun kita mahukan hasil yang berbeza. Cuma perlu yakin terhadap prinsip yang tersedia. Jangan berubah!
Dan  perlu akur terhadap kaedah umum, bahawa kita hanya mampu merancang, namun jangan kita lupa Allah juga Maha Perancang dan Maha Penentu segalanya.
Kita mentadbir, sedang Allah Pentadbir yang terbaik dan Pentaqdir atas apa yang kita tadbir.

- Artikel iluvislam.com


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hebatnya ketabahan Nabi Ayub a.s


saudari-saudara sekalian , masihkah kita ingat kisah perjuangan dan ketabahan seorang Nabi yang bernama Ayub a.s. Begitu tersentuh kala mendengar kisah Nabi Ayub a.s yang telah disampaikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa ketika di rancangan Halaqah sentuhan Qalbu yang berjudul 'Nota deritaku'.
Izinkan saya untuk berkongsi atas nama cinta kepada Allah.
Ia bermula dengan Nabi Ayub a.s telah ditimpa pelbagai penyakit yang dasyhat sehingga dia tidak upaya untuk bangun , dan pada masa itu juga daripada awal Nabi Ayub a.s menjadi seorang yang kaya raya , dengan tiba-tiba akhir nya Nabi Ayub a.s menjadi faqir miskin. Hartanya hancur begitu saja kerana ditimpa pelbagai kesulitan.
Maka datang lah iblis itu menyamar sebagai lelaki dan mencuba untuk menggoda Nabi Ayub a.s supaya tidak berharap pada Allah s.w.t.
Si iblis berkata : "Sungguh malang nasib mu wahai Ayub , dulu kamu orang kaya sekarang kamu miskin. kasihan sekali dengan kamu."
Tapi Nabi Ayub a.s menjelaskan dengan penuh ketabahan.
"Segala puji bagi Allah, Allah telah mencurah diri ku nikmat , dimana nikmat itu adalah hak milik Allah.. dan saat Allah ingin kembali nikmat tersebut diambil. Maka Allah layak untuk mengambil nya dan aku sangat bersyukur kepada-Nya."
SubhanaAllah!
Hebatnya orang yang bersyukur kepada Allah. Impak kebaikan kesyukuran tersebut akan kembali pada kita sendiri. Itulah kekayaan syukur , Allah tambah cinta dan kasih kepada kita semua.
"..... Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
(Surah Luqman ayat 12)
Betapa hebatnya kesyukuran Nabi Ayub a.s sehingga Iblis laknatullah benci , berdendam dan sangat kecewa..

Pada satu saat, Allah SWT menguji lagi ketabahan Nabi Ayub di mana baginda ditimpa ujian dengan kematian anak-anaknya yang soleh, yang selama ini menyokong perjuangan baginda. Anak Nabi ayub a.s kesemuanya ditaqdirkan mati di dalam sebuah gempa bumi yang dahsyat.
Iblis datang lagi mengambil kesempatan terus menerus menghasut Nabi Ayub a.s ,
"Wahai Ayub , apa yang ada pada mu ! harta benda mu telah pun hilang , anak-anak kamu semua nya telah diambil kembali oleh Allah. Apa yang ada pada kamu?"
Lalu Nabi Ayub a.s menjawab dengan penuh rendah hati,
"Anak-anak itu adalah milik Allah. Dia yang menghidup kan dan Dia jua yang mematikan. Segala puji bagi Allah."
Nabi Ayub tidak putus asa kepada Allah walau pun telah kehilangan segala-galanya, tapi beliau redha selagi tidak kehilangan cinta Allah. Inilah sifat dan ciri-ciri orang yang beriman kepada Allah.
Tidak putus asa walau apa jua sekali pun , kerana mereka tahu ujian itu adalah satu didikan langsung daripada Tuhan. Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahu pun cercaan.
Seolah-olah Tuhan berpesan. .
"Belajar lah melalui ujian-Ku , nanti kamu akan mengenali diri-Ku."
Iblis tetap tidak putus asa lalu , dia berjumpa dengan isteri Nabi Ayub a.s yang setia kepada suami nya , mengurus dan menjaga diri Nabi Ayub. Tapi isterinya Rahmah telah terpedaya oleh iblis laknatullah.
Sebelum isterinya meninggal kan Nabi Ayub , dia mengadu keluhannya kepada suami nya Nabi Ayub a.s . .
" Wahai suami yang ku sayangi , sampai bila kah Tuhan mu akan mengazab mu! Dulu kita senang , kita dikellingi dengan anak-anak yang soleh , kita dikurniakan kesenangan harta benda , kita dipandang tinggi oleh masyarakat. Kenapa kau tidak mohon saja kepada Tuhan mu wahai suami ku , agar Tuhan membebaskan kita daripada kesusahan ini."
Lalu Nabi Ayub a.s memberi jawapan dengan pertanyaan.
"Wahai isteri yang ku sayangi , tadi kau sesali anak-anak yang telah pergi , dan kau lagi sesali harta yang telah habis dan juga menyesali penyakit yang menimpa suami kamu ini. Aku ingin bertanya , berapa lama tempohnya Allah memberikan kita sebuah kehidupan yang senang lenang dengan segala harta , kemewahan , anak-anak , dengan kesihatan?"
" 80 Tahun." jawab Rahmah singkat.
Nabi Ayub tanyakan lagi. " Wahai isteri , berapa lama kita menderita dan sengsara dimuka bumi Allah ini?"
"7 tahun." jawab Rahmah.
Lalu Nabi Ayub a.s menadah munajatnya kepada Allah s.w.t dengan rendah hati dalam pilu dan sedih.
"Wahai Allah. aku malu untuk memohon agar Engkau bebaskan aku daripada penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami selama 80 tahun , sama sekali tidak sebanding dengan kesusahan yang dialami 7 tahun ini."
"Wahai Allah. Sesungguhnya isteri ku telah dihasut syaitan."
"Wahai Allah , andai aku diberikan kesempatan kesembuhan oleh Allah. Pasti akan aku sebat isteri ku 100 kali sebatan sebagai hukuman.."
Dan untuk mu wahai isteri ku rahmah , aku tidak akan makan dan minum lagi apa-apa dari hasil tanganmu itu mulai pada saat ini ! Aku tidak akan meminta tolong lagi daripada kamu wahai isteriku.. Tinggal kan saja diri ku menerima ketentuan daripada Allah."
Allahu Akbar. Tinggal lah Nabi Ayub bersendirian. Sepi.
Al Quran menggambarkan munajat Nabi Ayub a.s merayu merintih pada Allah s.w.t..
" Wahai Tuhan , hamba telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah yang paling penyayang daripada yang penyayang."

Sesungguhnya Allah tahu , Allah mendengar. Allah tidak biarkan ia sepi. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub a.s.
Allah suruh Nabi Ayub hentak kan kaki di tanah , lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum , dimandikan sebagai penawar.
Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah mendapatkan kesihatan kembali, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembali kan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s.
Sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.
"Maka Kamipun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah."
(Surah al-Anbiya' ayat 84)
Benar kasih sayang Allah itu wujud, cebisan kisah ini Allah ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada Allah , jika kita benar-benar orang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
"Wahai Allah , penghibur kepada orang yang keseorangan. Beri lah kami kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segala kesulitan demi cinta-Mu yang agung." 
 Allahumma amin.
artikel adalah daripadA,
- Artikel iluvislam.com


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 30 November 2012

hai !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! assalamualaikum,ya allah .. dh lama xupdate blog ni.manyak busy maa :( maklumlah,student kan .. hahaha :D rasanya,dah dekat setahun jugak lah tak update blog ni,sekarang ni ak dah study kt ipt,and the most important things is aku dah masok SEMESTER KEDUA u all!!!! dalam course apa ? of course lah LAW.. hihi..and now,baru aku tau kenapa ramai student ipt malas berblogging sebab,semakin tinggi semester pengajian kita,semakin banyak and susah assignment yang diberi (cewaah,boleh pulak buat hipotesis kan,dah lama tak belajar science..hehe:) xde kene-mengena pulak) okaylah,continue,hari ni aku berseorangan lagi dalam bilik because roomate aku balik rumah mak dia,t'paksa lah stay sorang kan..macam  ni la org jauh,hehe..eh,lupa nak gitau ak skrang dekat.................klau gtau ni,korang tau ke x eh? argh,xyah lah..haha..yg penting aku kat selangor..jauh tuuu..bole laa..tp klau nek flight sekejap je smpai perlis tuu..hehe..erm,ptg ni agak free lah,line broadband pon sangat baik terhadap aku sekarang ni,hahaha,,sebab tuu laa aku feel sikit nk buat entri baru..ha,okaylah,malas nak tulis panjang-panjang,nnt korang jemu pulak bila baca,okay byeee.......see you later,bak kate roomate aku..huhu..okay,assalamualaikum,jangan lupa solat you all :) keep smile n calm okay;)


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

 Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.
Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.
Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala p
uji bagi Allah Tuhan sekalian alam.


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 4 May 2012

Keistimewaan Menangis

Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di sebalik kenikmatan yang dilihat, terkadang itu manusia tidak dapat lari dari memandang keperitan dan seksaan di dunia hingga mampu mengeluarkan air mata.






Ada beberapa alasan manusia menangis:


1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau pura-pura menangis.


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.


7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu, menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.


okay!so,menangis-nangislah selalu c(: hehe
credit to:penpatah.blogspot.com


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 26 March 2012

KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH


:')


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 11 March 2012

My Heart & Soul

Bismillahirahmanirahim .. Assalamualaikum :)
  oke,currently tengah download cite vanila coklat episod 12 .. peminat tegar tau:)
tapi bukan nak bercerita pasal ni ye,cer tengok tajuk dekat atas tu.. Haaa.....tajuk yang begitu merangsang mata untuk mengetahui isi cerita ni kan?hehe (tgok ayt aku,tokwan skema punyeee !) 
sebenarnya,mesti korang ingat aku nak share pasai boypren aku kan??oke,sebenaqnya,memang aku nak share pasal pasai boypren aku pon (wahaha,ayt tak brapa nk betoi) waiiiiittt ! tapi ni bukan pasai jiwang-jiwang pa semua tu,sorry sikit tu bukan cara aku kalau nk mengekspresikan rasa yg kononnya gilagiiillaaaaa sayang  kat boypren yg belom tentu jadi hak milik kekal kita dan yg belom tentu akn jadi yg halal utk kita lagii...so,my opinion..tak payah laa nk buat entri bagai kt blog ni pasal boyfie KITA tu ek,ntah dia baca ntah tidak ! lagipun kalau buat entri pasal diorang kan,mybe orang yg tak kenal dgn kita secra personally akn judge kita with membuta tuli jer yg kita nie gatai ..or bad word yg lain la.. so behave yourself! ceewah ,tetibe pulok aku nie.. sorry terover sebentar ... it is just my opinion,if u don't like it. its up to you .. and u can take it or leave it .. oke.. peacee ..        
Okay,jom masok ke topik utama saya,MY HEART & SOUL .. k,1st thing aku nk gtau about ciri-ciri my heart & soul aku ni,(bila aku da gitau ni jgn ada yg ckp aku ni perasan pulak ye coz hampa pon mybe ada yg taw..) oke,heart & soul aku ni handsome org nya,baik hati,penyayang,caring,semua2 lah yg baikbaik tu.. hehe .. dia asal dari keluarga yg hidup serba sederhana .. ramai org yg sayang dia sepenuh hati diorang tapi aku tak jeles pon laa kan.. sebab aku tau dia selalu ada untuk aku if i need his help .. Aku percaya sgt dgan dia.. syukur alhamdulillah .. :) then i have something to tell you all which is i think it's klau korang egt kat bf korang,korang tentu rasa macam nk jee pegi jumpa dia trus kan..but for me,if aku teringat je kt heart & soul aku ,i just read a BOOK that he gave to me.. bila aku baca BOOK  yg dia bagi kt aku tu.. secara serta merta aku terus jer rasa mcm aku da jumpa dgn dia then rindu aku pon hilang macam tu jer.. sweet kan ????????? ha...BF kau ada??hakhak :D  but the most sweet thing pasal heart & soul aku ni,dia sgtlah PERFECT.. sampai kadang kadang aku rasa mcm aku nie,terlalu *hina untuk berdampingan dgn dia kelak .. :( 
dia sentiasa ada untuk semua orang yg sayang dekat dia.. :) amazing dia right ??
ha...korang mesti nak tau siapa HEART & SOUL aku tu... hehe :) nama dia kannnn......................
 Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim  :) kenal kan?? ya !!! betul la tu,DIA dan heart & soul yg aku mksudkan ialah nabi muhammad S.A.W .. yakni nabi kita (islam) yg terakhir dan yg telah byk berjasa kpd kita .. smbil da baca nama nabi tu,moh laa kite berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad s.a.w kita.. tak sampai 7 hari pon nk selawat tu.. dlm berapa minit n saat je.. jum,jum..selawat ke atas nabi..................................................................................dah ! saya dah siap:) [saya selawat dalam hati je..:)..] oke, bawah nie ad laa skit biodata nabi muhammad s.a.w .. jom baca :)
- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 
- Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali
 sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah) 
- Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
 
 -Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
 
 -Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
 
- Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
 perempuan bapa Rasulullah SAW) 
- Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
 
- Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali
 Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
 
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
 malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di 
dalamnya.


USIA 6 TAHUN
 
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
 (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) 
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
 dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
 
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
 
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
 
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
 perniagaan. 
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
 (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
 
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
 jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi
 pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
 
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
 binti Khuwailid Al-Asadiyah. 
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
 
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
 yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. 
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
 
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
 
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
 Mekah. 
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke
 tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
 
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
 akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
 
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
 Bakar Al-Siddiq. 
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN
 
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
 
§ Khadijah Binti Khuwailid
 
§ Saudah Binti Zam’ah
 
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
 
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
 
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
 
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
 
§ Zainab Binti Jahsy
 
§ Maimunah Binti Harith
 
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
 
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
 
1. Qasim
 
2. Abdullah
 
3. Ibrahim
 
4. Zainab
 
5. Ruqaiyah
 
6. Ummi Kalthum
 
7. Fatimah Al-Zahra’


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
 
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
 Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN


SAUDARA SUSUAN
 
1.. Thuwaibah
 
1. Hamzah
 
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
 
1. Halimah Al-Saidiyyah
 
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
 
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
 
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
 
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
 
1. Al-Harith
 
2. Muqawwam
 
3. Zubair
 
4. Hamzah ***
 
5. Al-’Abbas ***
 
6. Abu Talib
 
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
 
8. Abdul Ka’bah
 
9. Hijl
 
10. Dhirar
 
11. Umaimah
 
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
 
13.. ‘Atiqah ##
 
14. Arwa ##
 
15. Umaimah
 
16. Barrah
 
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.
 
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
 

Sabda Rasulullah SAW:
 
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
 aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary 
daripada Anas )

oke.. nie saja for this day,,harap info apa2 pasal nabi yg dekat atas ni,yg tidak tepat minta komen ye..untuk kebaikan bersama:) assalamualaikum ..semoga kita berada di bawah rahmat ALLAH selalu .. amiin~


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 25 February 2012

novel owh novel !


Bismillahirrahmanirahim ... assalamualaikum semua :)
    Di waktu tengahari yg panas ni .. aku nak share skit dengan engkau,engkau dan engkau semua about novel yg aku tengah baca ni.. quite interesting jugak laa.. selalunya,novel yg aku asyik baca tu semuanya dok cerita pasai girl act like a boy or lebih simple lagi pasai TOMBOY ! sampai aku pon kekadang tu rasa macam naik meluat nak baca tapi nak buat macammana kan....dah nama pon kaki novel,meluat toqo (ayt org utara,mksudnya "sampai") mana pon..naaaaaaak jugak dihabiskan baca novel tu..:) tapi bukan pasai ni aku nak share.....aku nak habaq tajuk novel yg aku tengah baca sekarang ni.. ha ha ha .. jeng,jeng,jeng .. !!kihkihkih (suspen tak engkau,engkau dan engkau)hehe
tajok dia.. Coklat,Bunga & Si Cupid .. haa.... cute kan tajuk dia.. bhaha..bgi aku la..tajok dia ni cute but for engkau,engkau dan engkau tak tau la pulak cute ke dok ... jom cekkidaut sinopsis cita ni..

..................................................searching..........................................................searching.........................................................................................end of searching.................................................................................
hahaha... maksodnya...aku google sinopsis cita ni,tapi tak jumpak yang bekenan(suka)dihati..tak sesuai nak mempamerkan(ayaaaat,bapak skema) jalan cita tu dekt dlam blog aku yg begitu simple but cute ni.. OKAY,aku perasan kejap... tapi..aku ada something nak tunjuk kat hampa.....layanzzz......
ni cover novel tu..nice right :)
ni coklat..hehe
a.k.a(Fakhrul qazril amani)hero novel ni


ni bunga:)
a.k.a rifdi hakimi



ni la.. si cupid tu..cite pasal dia laa yg pling best dlam novel ni..
a.k.a zarul haidi fahimi...
dah abih da...taktau nak tulis apa lagi ni... akhir kata dari saya...novel ni best and  storyline dia sgt interesting... beli sendiri laaa klau nak tau cmna jln cerita novel ni.. oKay , stop merepek ..
sekian saje ya.. assalamualaikum.. :)


saya sayang Allah,jangan lupa jenguk lagi ye.. much love :)

Posted by Nana_chocolatescha
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)
takdak apa-apa pon.haha

I wish,i could

Diary Time
BMW
Student Of Law In Syariah"
Berbakti kpd PARENTS
Syurga ALLAH.insyaALLAH
SOLAT yg kusyuk

nana_chocolatescha



glitter-graphics.com

have a good day


Get a Glitter Calendar Click Here

hamba ALLAH :)

Popular Posts :)

  • ab0ut them ! n0bita and shizuka .. !
    Di suatu malam depan panggung wayang… Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan? Nobita : A’ ah xbosan. Bes...
  • Keistimewaan Menangis
    Tuhan menganugerahkan dua biji mata kepada manusia untuk menikmati keindahan ciptaan dan melihat semua kebaikan yang telah diberikan. Di seb...
  • wanita..
    Betapa Berharganya Seorang Wanita Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat dat ang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau mencipta...
  • ----->WaNiTa SoLeHaH<-----
    1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib...
welcome to my blog-->nana_chocolatescha!sweetiepiethings.blogspot.com

Queen Of The Castle

My photo
Nana_chocolatescha
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (18)
    • ▼  12/23 - 12/30 (3)
      • Istimewanya Dirimu
      • Takdir Di Hujung Usaha
      • Hebatnya ketabahan Nabi Ayub a.s
    • ►  11/25 - 12/02 (2)
      • hai !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! assalamualaikum,ya all...
      •  Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan p...
    • ►  04/29 - 05/06 (1)
      • Keistimewaan Menangis
    • ►  03/25 - 04/01 (1)
      • KISAH PELAJAR UIA MIMPI JUMPA RASULULLAH
    • ►  03/11 - 03/18 (1)
      • My Heart & Soul
    • ►  02/19 - 02/26 (3)
      • novel owh novel !
    • ►  02/12 - 02/19 (1)
    • ►  02/05 - 02/12 (1)
    • ►  01/29 - 02/05 (1)
    • ►  01/15 - 01/22 (2)
    • ►  01/08 - 01/15 (1)
    • ►  01/01 - 01/08 (1)
  • ►  2011 (37)
    • ►  12/18 - 12/25 (1)
    • ►  12/11 - 12/18 (1)
    • ►  11/20 - 11/27 (2)
    • ►  11/06 - 11/13 (2)
    • ►  10/16 - 10/23 (3)
    • ►  10/09 - 10/16 (5)
    • ►  09/25 - 10/02 (1)
    • ►  08/28 - 09/04 (4)
    • ►  08/21 - 08/28 (3)
    • ►  08/14 - 08/21 (2)
    • ►  07/31 - 08/07 (1)
    • ►  06/05 - 06/12 (12)

My Buttons....


glitter-graphics.com

Thanks!!

saia budak baru belajar...law slah tlg tnjukkan ea...my pleassure..^_^ , ini bel0g saia......h0pe dpt m'jdi lbih baek dari hari ini...:)

Give me a SHOUT!

Saia Nana

Reka Lencana Anda

cHoCoLaTe addicted !


glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

"little attitude"

Sahabat Selamanya

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

monyet chomey !

tiup jangan tak tiup !

Followers

;

cari-cari jum !

Powered by Blogger.

glitter-graphics.com

glitter-graphics.com
 

HeartWarming

SpongeBob
Blog Design by Freyja Silver | Digi-Scrap by Cora's Creations
Layout By freyjasilver
nana_chocolatescha berhak penuh diatas blog cute ini,storylifesaia.blogspot.com